Tuesday, October 19, 2010

Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar


TAJUK KAJIAN:

SEJARAH PENUBUHAN  DAN PEMBANGUNAN MASJID UBUDIAH
 BUKIT CHANDAN KUALA KANGSAR,PERAK

DISEDIAKAN OLEH:
FAIEZNUR BT ISMAIL

KOD MATAPELAJARAN:
CTU 55I

NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN 

ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN
1
2
OBJEKTIF KAJIAN
2
3
KAEDAH KAJIAN
3
4
SEJARAH  PENUBUHAN
4-6
5
PENUBUHAN MASJID
7-12





PENGHARGAAN

               Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu saya dalam usaha menyiapkan Kajian saya mengenai Masjid yang terindah dan bersejarah di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Perak yang dinamakam Masjid Ubudiah di kuala Kangsar.Masjid ini menyimpan seribu makna dan merupakan masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat di Negeri Perak.
              Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu   dan bapa saya yang banyak memberikan maklumat dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.Mereka juga telah membawa saya melihat sendiri keindahan seni bina  masjid Ubudiah ini.
               Selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz Abdul Aziz yang telah memberi tunjuk ajar  dan maklumat kepada saya untuk menjalankan kajian ini .
              Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada masyarakat setempat yang sudi membawa saya melawat disekitar masjid tersebut dan turut memberikan serba sedikit maklumat mengenai masjid ini.Maklumat yang diberikan sumgguh bermanfaat untuk dikongsikan bersama para pembaca.
               Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang membantu saya dan menyumbangkan serba sedikit idea bagi melengkapkan kajian saya mengenai masjid ubudiah ini.
               Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

 
1


OBJEKTIF KAJIAN
         Melalui kajian yang saya lakukan saya dapat meneroka keindahan dan keunikan  seni  bina masyarakat islam dalam pembinaan masjid ini.Pembinaan masjid ini penuh dengan nilai kesenian dari segi struktur seni binanya,bentuk,peralatan dan Ketelitian Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) dalam proses pembinaan masjid ini.   
        Selain itu kajian ini  dapat memupuk rasa cintakan Negara dan Seni bina masyarakat islam yang seharusnya dibanggakan  oleh masyarakat islam. Kita seharusnya berbangga dengan pembangunan  Negara yang masih mengekalkan ciri-ciri keislaman tanpa mengubahnya daripada  yang asal. Disini, saya dapat meneroka lebih mendalam ciri-ciri seni bina yang digunakan seterusnya mewujudkan rasa cinta  dan bersyukur atas kurniaan Illahi.
          Melalui kajian ini, kita dapat mengagumi dan menikmati usaha-usaha dan pengorbanan masyarakat generasi terdahulu.Seterusnya, kita mampu menyunting semangat generasi terbaru untuk mengekalkan keindahan dan keunikan seni bina masyarakat islam terdahulu.
           Seterusnya, kajian ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat islam. Hubungan yang harmoni sesama umat islam sangat penting untuk membentuk umat  islam yang harmoni dan bersatu padu.
           Kajian ini juga dapat mengingatkan kita betapa pentingnya penghayatan  dan kajian sejarah masyarakat lampau sebagai panduan dan meneruskan tradisi untuk kecemerlangan diri,masyarakat dan Negara pada masa akan datang.
          




2


KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat:

i)          Penyelidikan di perpustakaan

              Untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat,saya telah membuat penyelidikan dan kajian di perpustakaan awam bagi mandapatkan bahan dan maklumat  berkaitan sejarah bangunan yang dikaji.

ii)          Melayari internet.
       
        Saya turut melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam sejajar dengan perkembangan  teknologi pada masa kini. Antara laman web yang saya layari ialah:

         - http :// ms wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak
         - http://www arkib.gov.my/masjid ubudiah

iii)        Lawatan Tempat Kajian
        
         Saya telah membuat lawatan ke masjid  ubudiah bagi menerokai dan menikmati sendiri keunikan dan kesenian masjid ubudiah.Di situ, saya dapat menikmati pemandangan yang indah disekitar masjid ubudiah.

iv)        Menemuramah masyarakat setempat

         Saya berkesempatan menemuramah  beberapa orang masyarakat setempat mengenai sejarah penuuhan masjid ubudiah.Menurut mereka, masjid ini merupakan masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Kuala Kangsar dan masyarakat luar.Masjid ini mampu menampung bilangan penduduk  Kuala Kangsar yang kian bertambah.

                                                                    3

SEJARAH PENUBUHAN MASJID UBUDIAH



  
              Masjid Ubudiah merupakan masjid yang tercantik di daerah kuala Kangsar di negeri Perak. Masjid ini juga merupakan salah satu masjid yang menjadi kebanggaan kaum muslimin di  negeri Perak. Masjid Ubudiah ini dibina di Bukit Chandan.Masjid ini diberi nama Masjid Iskandariah kerana dibina berdekatan dengan kawasan Istana Iskandariah.Masdjid ini juga digelar sebagai Masjid Diraja.  Masjid ini dibina atas titah perintah Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) yang merupakan Sultan Perak yang ke-28.Baginda bernazar untuk membina masjid ini setelah baginda pulih daripada penyakitnya. Baginda meluahkan hasrat baginda yang bernazar  membina masjid ini ketika Baginda  beristirahat dalam rawatan di Port Dickson Negeri Sembilan.Gambaran peta dibawah ini menunjukkan lokasi masjid ini dan kawasan di sekitarnya.

 4



         Masjid Ubudiah ini dibina dengan pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India). Masjid ini telah direka bentuk oleh A.B. Hubback,yang merupakan seorang arkitek kerajaan. Kerja-kerja perlaksanaan pula telah dipertanggungjawabkan kepada  Caufield,  yang merupakan Ketua Jurutera Negeri Perak pada ketika itu.
 Proses pembinaan bermula dari zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah.Proses pembinaan bermula pada 26 September 1913,apabila satu upacara perletakan batu asas bagi masjid ini telah diadakan. Sultan Idris telah terlibat dalam menyempurnakan majlis ini. Majlis upacara perletakan batu asas ini turut dihadiri oleh Sir Arthur Young,  Yang Merupakan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pembesar-pembesar lain. Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut.
Walaubagaimanapun, pembinaan masjid Ubudiah  tergendala selama 4 tahun kerana  marmar yang  disimpan telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. Peristiwa itu berlaku ketika sambutan majlis berkhatan Raja Khalid,  yang merupakan anak kepada Sultan Abdul Jalil. Kejadian ini bermula apabila  seekor gajah baginda yang
bernama kulub Chandan  dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, batu marmar itu pecah dan rosak. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga kejadian itu dileraikan oleh Raja Chandan yang  dating sendiri,Raja Chandan  menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
           Tambahan pula, pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama,pada masa itu kapal terpaksa melalui Tanjung Harapan . Sehinggalah pada Tahun 1917 barulah masjid  ubudiah dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada Tahun 1916.  Perbelanjaan pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM220,000.00
                                                                             5

PENUBUHAN MASJID UBUDIAH

Reka bentuk
Reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah dirangka dan merupakan idea Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley.Masjid ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 126 Kaki  serta dikelilingi kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali.
Bentuk dinding masjid ini menunjukkan sebuah bangunan berkubah  induk besar ditengahnya.Disekililingnya pula,terdapat empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada setiap pertengahan setiap anjung,lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara di ambil sempena aturan gelaran gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.


6


                                                       Ruang solat yang indah                                    


Masjid Ubudiah mempunyai ruang solat yang luas dan diperindahi dengan cahaya lampu yang  menyinari di setiap ruang. Tambahan pula,Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil  yang berwarna keemasan itu memang cukup menarik. Ruang solat ini juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan para muslimin dan muslimah yang berkunjung dan beribadah disini. Cahaya lampu disetiap ruang menambahkan keceriaan ruang solat ini. Selain itu, karpet yang digunakan sebagai pelapik lantai ini sungguh selesa.

 7


Ruang mimbar yang penuh dengan nilai kesenian  

            Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas,tiang ruang mimbar ini  diperbuat daripada batu marmar yang berwarna coklat manakala dindingnya mempunyai reka bentuk yang melambangkan agama islam.Di ruangan dalaman mimbar ini, terdapat hiasan lampu dan dinding yang pelbagai warna manakala mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu tinggi berukiran warisan tradisional dan Kesultanan Melayu. Pada bahagian atas mimbar ini pula, terdapat sebuah lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil.Di bahagian silingnya pula,ruang imbar ini dihiasi dengan kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu unik.
8
                               
                                               Ruang letak kereta yang luas dan   cantik                    



Ruang letak  kereta ini dibina luas bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Ruang letak kereta ini juga dijadikan persinggahan dan tempat untuk berehat bagi kebanyakan pengunjung selain berniat melawat dan solat di masjid ini. Ruang letak kereta  yang luas memudahkan pengunjung yang berkunjung terutamanya ketika musim perayaan dan ketika majlis-majlis rasmi memuatkan bilangan pengunjung yang ramai. Sebuah pondok di bina di belakang masjid untuk kemudahan pengunjung berehat sambil menikmati kedamaian.Di bahagian hadapan masjid pula, dibina sebuah kolam dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung.Di bahagian luar masjid yang menelan belanja kira-kira RM2.9 juta itu dihiasi batu marmar air yang bersih dan bercahaya


9
Gubahan Landskap disekeliling Masjid yang mengekalkan konsep flora dan fauna





        Di bahagian luar pagar masjid pula, masjid ini dihiasi tumbuh-tumbuhan hijau sepanjang laluan pejalan kaki manakala papan tanda pula dibuat dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik.Reka bentuk pagar yang  berkonsepkan ala istana  dengan menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam.Rumput hiasan ditanam di beberapa bahagian luar masjid serta pokok pinang.



Ruang  untuk upacara - upacara rasmi



   Ruang ini digunakan untuk kemudahan dalam mengendalikan upacara rasmi seperti pengebumian,tempat berehat,mesyuarat dan tempat berkumpul untuk kegiatan gotong royong.
Ruang ini menjadi salah satu tempat yang menjadi menarik perhatian para pelawat.Hal ini kerana reka bentuknya yang unik dan kemas.

                                   

 
                                                         Rumusan                                                       
Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang
bertapak kukuh di Malaysia ini. Ia juga merupakan satu sumber inspirasi bagi pencinta
seni bina tradisi melayu dan satu sumber yang boleh dianggapkan oleh anak watan tanah
air Malaysia yang tercinta ini. Selain daripada itu, ia juga dapat membangkitkan rasa
takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang.




























No comments:

Post a Comment